Selasa, April 15, 2008

MESYUARAT AGUNG PERTAMA KKKS



Kelab Khas Kenyah Semenanjung atau juga dikenali sebagai KKKS telah ditubuhkan pada 6 April 2008 bersamaan hari Ahad di Taman Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat Agong yang pertama ini telah dipengerusikan oleh Pengulo Apoi Ngau yang merupakan pengasas dan pelopor kepada kewujudan KKKS ini. Penyokong kuat kepada Pengulo Apoi ini ialah Tamen Akang Lian yang menetap di Seremban, Negri Sembilan. Pada mesyuarat tersebut pemilihan telah dibuat dengan melantik Muing Gau Ajang sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Tertinggi KKKS yang pertama. Buat pertama kalinya juga Tama Balan Wan dilantik sebagai PRESIDEN KKKS yang pertama dalam sejarah penubuhan KKKS. Tama Balan Wan berasal dari kampung Long Tap, Alo Akah, Baram. Manakala Muing Gau Ajang berasal dari Kampung Long San dan juga mempunyai ramai saudara-mara dari Kampung-kampung yang berdekatan seperti kampung Long Julan, Long Sela'an, Long Anap, Long Sebatang (Long Tebenyi), Long Selatong, Tanjong Tepalit, Long Tap, Long Ikang, Long Laput, Sungai Dua, Marudi, Long Moh, Long Apu, Long Palai, Long Je'eh, Long Makabar, Long Semiang, Long Tungan, Lio Mato, Long Banga, Tanah Tinggi Bario, Long Liam, Long Na'ah, Long Lama, Temala, Long Banyo', Long Belaung, Pekan Long Akah, Long Tebangan, Long Pelutan dan juga hampir kesemua kampung-kampung yang berada di sepanjang sungai baram atau juga dikenali sebagai Atung Telang Usan.

Penerangan gambar diatas : Sawang AhChit Sigau (baju hitam), Pengulo' Apoi Ngau (tengah) & Amai Lenjau Lalo (baju merah). Mereka sedang memanggang yap, babui, asupana (hotdog), pen yap ngen atuk tabi ngen atuk teniken sebelum mesyuarat agong yang akan berlangsung pada sebelah malamnya. Inilah aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan oleh ahli-ahli KKKS setiap hujung minggu. Lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat perjumpaan ahli-ahli KKKS dan termasuk juga orang-orang Sarawak yang menetap di semenanjung ialah seperti di bukit Ceraka (Shah Alam), Taman Sungai Congkak (sungai ulu Langat), di Rumah Pengulo Apoi (Rawang), di Rumah Tamen Akang Lian (Seremban) dan di rumah Muing Gau Ajang (SS19 Subang Jaya).

HASIL LAPORAN MESYUARAT AGUNG 2008
Tarikh : 6, April 2008
Hari : Ahad ( 8:45Am - 11:30Pm )
Tempat : Dewan Usun Apau, Rumah Pengulo' Apoi


CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI KKKS 2008

Presiden : Maping Balan Wan ( Kawasan Shah Alam )
berasal dari kampung Long Tap, Alo Akah, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh

Timbalan Presiden 1 : Pengulo' Apoi Ngau ( Kawasan Rawang )
berasal dari kampung Long Sebatang, Ulu Tinjar, Baram.
Isteri : Iban dari Lubuk Nibong
Timbalan Presiden 2 : Tamen Akang Lian (Kawasan Seremban)
berasal dari kampung Long Moh, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh

Bendahari Tertinggi : Muing Gau Ajang ( Kawasan USJ )
berasal dari kampung Long San, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Anap






Timb. Bendahari : Sawang Ahcit Sigau ( Kawasan Sunway )
berasal dari kampung Long Tungan, Baram.
Bakal isteri : Kenyah dari Long Selaan

Setiausaha Agung : Muing Gau Ajang ( Kawasan USJ )
berasal dari kampung Long San, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Anap
Timb. S/U Agung : Amai Tingang Sigau ( Kawasan Putra Jaya )
berasal dari kampung Long Moh, Baram.
Isteri : Bidayuh dari Kuching

Biro Penerangan : Tama Lusoi Anggang (Kawasan Damansara)
berasal dari Long Tap, Alo Akah, Baram.
Bakal isteri : Kenyah Badeng kampung Asap dari Belaga

Biro Sukan & Rekreasi : Muing Juman Taja ( Kawasan Klang )
berasal dari Long Julan, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Banyo'

Biro Pendidikan : Amai Uming Nyerong ( Kawasan Puchong )
berasal dari kampung Asap, Belaga. (Lepo Badeng)
Isteri : Kenyah dari Long Anap

Ahli-ahli Majlis Tertinggi KKKS :
1. Amai Jefry Apak ( Kawasan Kelana Jaya )
berasal dari kampung Long Laput, Baram. (Kayan)
Isteri : Kenyah dari Long Selaan
2. Apai Micheal Sengkuai ( Kawasan Subang Mewah )
berasal dari Konawit, Sibu, Sarawak. (Iban)
Isteri : Kenyah dari Long Sebatang, Ulu Tinjar
3. Amai Paul Jimbau ( Kawasan Pandan Indah, KL )
berasal dari kampung Asap, Belaga. (Lepo Badeng)
Isteri : Iban dari Kapit, Rejang
4. Amai Lenjau Lalo ( Kawasan Meru, Klang )
berasal dari kampung Long Selaan, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Selaan

5. Maping Kuleh Balare ( Kawasan Kajang )
berasal dari kampung Long Anap, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh








Minit Mesyuarat ke-2 tahun 2008:


sedang download dari sistem .............................







Pautan Sokongan oleh Pengulo' Apoi Ngau di :
http://kkks-kenyah.blogspot.com/ dan
http://ngaulongsebatang.blogspot.com/ dan
http://kenyahkkks.wordpress.com/




Disediakan oleh;

Setiausaha Agung KKKS (Sesi2008).
Muing Gau Ajang,
e-mail : pegawai_kkkks@yahoo.com.my











LETO KENYAH LEPO TAU KALIMANTAN SAGA MODEN
http://www.youtube.com/v/isR0-NnPzLc&hl=en&fs=1


KENYAH SOLO DANCE (LETO KENYAH BARAM)
http://www.youtube.com/v/HUiP1K2Tv6k&hl=en&fs=1&border=1

Sape (Kalimantan Classic Guitar From Usun Apau)
http://www.youtube.com/v/2LIMq6Qa-T4&hl=en&fs=1&border=1

Tiada ulasan: