Jumaat, Jun 26, 2009
SISTEM PEMASARAN INTERNET 2020
Selasa, April 07, 2009
BUSINESS MASA DEPAN KKKS
Antara peluang perniagaan (dalam bentuk pertanian dan penternakan) yang mempunyai masa depan yang cerah di Sarawak adalah seperti berikut :
[Bahasa Kenyah : Kado layan gayeng ya nak ca janan ma ilu lepo kenyah pita pengakayak dalem pengudip ilu ka dalem kusun tana ini. Beng ayen sa eh tua la ka aang dulu]
1. Penternakan Ikan Keli dan Ikan Patin
# Harga pasaran = RM6.50/kg
# Permintaan di dalam Malaysia, 25000kg sehari
# Permintaan dunia (Thailand,China,Taiwan), 150 tan sehari
# Disini kita boleh membuat pendapatan RM100k - RM900k sehari
Laman web yang berkaitan :
2. Penternakan Burung Layang-Layang Wallet
# Harga di pasaran Malaysia = RM4000 - RM5000/kg
# Permintaan Dunia (Hong Kong), 2000kg seminggu
# Kos untuk membina rumah burung wallet = RM200,000.00
# Satu sarang (8gram) berharga RM40 - RM50 (Gred A)
# Minimun pendapatan sebulan ialah RM18,000.00
Laman web yang berkaitan :
3. Penanaman Pokok Kayu Karas atau Gaharu
# Harga pasaran dunia = RM8000 - RM20000/Kg
# Tarikh matang satu pokok ialah 7 - 10 tahun
# Satu pokok boleh menghasilkan 5 - 20 kg
# Permintaan pasaran dunia ialah 80,000 tan setahun
# Pendapatan boleh dijana, RM250000 seminggu (selepas 7 tahun)
Laman web yang berkaitan :
http://nogold.com/forum/archive/index.php/t-28811.html
http://teknologipertanian.com/2009/01/04/pokok-karas-bagi-penghasilan-minyak-gaharu/
Khamis, April 02, 2009
PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KE-2 KKKS
RE: PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KE-2
Saya dengan segala hormatnya menangguhkan Mesyuarat Agung Ke-2 KKKS yang bakal diadakan pada 4/4/09 di SS19/6A ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Penangguhan ini dilakukan atas nasihat Pemimpin Veteren tertinggi KKKS iaitu Pengulo' Apoi, untuk menghormati hari Palm Sunday pada hari Ahad (5/4/09).
Saya memohon maaf atas penangguhan ini. Saya berharap semua ahli KKKS dapat bercuti seketika dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada Hari Paska ini.
Sekian, Harap maklum.
Berkhidmat untuk NEGARA,
Setiausaha Agong KKKS,
Muing Gau Ajang.
.......................................................................................
Berikut adalah Video Pengulo Apoi Ngau sedang
memanggang Kaki dan Kepala Babi di Leka' Lasan
U'ong Julan di Belakang rumah Muing Gau Ajang.
........................................................................................
.......................................................................................
"TAK KAN HILANG KENYAH DI DUNIA"
......................................................................
Rabu, Mac 18, 2009
MESYUARAT AGUNG KKKS KE-2 DI SS19/6A
RE: PERSIDANGAN MAJLIS TERTINGGI KKKS KALI KE-2.
Oleh yang demikian dengan rasminya saya memanggil bersidang kepada semua ahli-ahli majlis tertinggi Kelab Khas Kenyah Semenanjung (KKKS) untuk hadir dalam Mesyuarat Agong kali ke-2 pada tahun 2009 ini. Mesyuarat Agong kali ini akan diadakan di Dewan Leka Lasan U'ong Julan di SS19/6A pada hari sabtu jam 5:30pm bertarikh 4, April 2009. Sempena ulang tahun yang pertama penubuhan KKKS, semua ahli KKKS dijemput hadir sambil menikmati aktiviti-aktiviti sampingan seperti acara memanggang, pertandingan karaoke, masak-memasak, pertandingan cerita dongeng, pertandingan cerita lawak paling lucu, gusti lengan, pertandingan bertentang mata tanpa berkelip dan lain-lain lagi.
Tujuan saya memanggil bersidang pada mesyuarat agong kali ini adalah untuk merombak semua jawatan sesi 2008 dan melantik semula jawatan-jawatan baru ahli majlis Tertinggi KKKS bagi sesi 2009. Merujuk kepada saranan dan cadangan dari Pengulo' Apoi dalam laman web http://kkks-kenyah.blogspot.com/ saya akan edarkan Laporan Khas KKKS tahun 2008 kepada semua yang hadir semasa Mesyuarat ini nanti. Disamping itu, perjumpaan ini juga akan mempersiapkan diri kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan untuk mendaftarkan KKKS ini dengan ROS pada penghujung tahun ini.
ATURCARA MESYUARAT AGUNG KKKS KE-2
Tarikh : 4, April 2009
Hari : Sabtu (Tau Nem)
Masa : 5.30Pm - 11.30Pm
Tempat : Dewan Leka' Lasan U'ong Julan, SS19/6A, Subang Jaya.
ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN KHAS KKKS 2008
1) Sejarah penubuhan dan pembentukkan KKKS
2) Terma dan Syarat sebagai ahli KKKS
3) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2008
4) Senarai penjawat jawatan tertinggi KKKS tahun 2008
5) Senarai penderma dan penyumbang kepada Dana KKKS
6) Dana terkumpul dan Baki Akaun Simpanan tahun 2008
7) Perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan Dana
8) Senarai nama ahli-ahli KKKS setakat 4 April 2009
AGENDA MESYUARAT AGUNG KE-2:
1) Membubarkan semua jawatan-jawatan sesi 2008
2) Perlantikan semula jawatan baru untuk sesi 2009
3) Penerangan minit mesyuarat tahun 2008 oleh setiausaha
4) Pembentangan Baki Kewangan KKKS tahun 2008
5) Perancangan aktiviti perjumpaan KKKS tahun 2009
6) Perancangan "Masa Depan" untuk persediaan tahun 2010
7) Perbahasan bajet KKKS bagi peruntukan tahun 2009
8) Pengembangan KKKS dengan menambah ahli-ahli baru
9) Perbincangan "IDEA BERNAS" untuk menambah Dana KKKS
10) Cadangan2 BERWAWASAN dari setiap perwakilan KKKS
11) Amanat dan Nasihat daripada Ahli Veteran KKKS
12) Perkongsian MINDA untuk "ALA TUJU" KKKS tahun 2020
Jawatan-Jawatan Baru KKKS yang akan diusulkan:
Presiden :
Timbalan Presiden :
Naib Timbalan Presiden :
Setiausaha Agung :
Timbalan Setiausaha Agung :
Bendahari Tertinggi :
Timbalan Bendahari Tertinggi :
Pengarah Biro Penerangan & Perhubungan Awam :
Pengarah Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan :
Ahli-ahli Majlis Tertinggi :
1.
2.
3.
4.
5.
Ketua Wanita :
Naib Ketua Wanita :
Ketua Pemuda :
Naib Ketua Pemuda :
Ketua Putri :
Naib Ketua Putri :
Dengan ini saya mencadangkan.
"UDIP MADING UDIP NGERIMAN"
Yang Benar;
Setiausaha Agung KKKS,
Muing Gau Ajang.
email : pegawai_kkkks@yahoo.com.my
Selasa, April 15, 2008
MESYUARAT AGUNG PERTAMA KKKS
Kelab Khas Kenyah Semenanjung atau juga dikenali sebagai KKKS telah ditubuhkan pada 6 April 2008 bersamaan hari Ahad di Taman Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat Agong yang pertama ini telah dipengerusikan oleh Pengulo Apoi Ngau yang merupakan pengasas dan pelopor kepada kewujudan KKKS ini. Penyokong kuat kepada Pengulo Apoi ini ialah Tamen Akang Lian yang menetap di Seremban, Negri Sembilan. Pada mesyuarat tersebut pemilihan telah dibuat dengan melantik Muing Gau Ajang sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Tertinggi KKKS yang pertama. Buat pertama kalinya juga Tama Balan Wan dilantik sebagai PRESIDEN KKKS yang pertama dalam sejarah penubuhan KKKS. Tama Balan Wan berasal dari kampung Long Tap, Alo Akah, Baram. Manakala Muing Gau Ajang berasal dari Kampung Long San dan juga mempunyai ramai saudara-mara dari Kampung-kampung yang berdekatan seperti kampung Long Julan, Long Sela'an, Long Anap, Long Sebatang (Long Tebenyi), Long Selatong, Tanjong Tepalit, Long Tap, Long Ikang, Long Laput, Sungai Dua, Marudi, Long Moh, Long Apu, Long Palai, Long Je'eh, Long Makabar, Long Semiang, Long Tungan, Lio Mato, Long Banga, Tanah Tinggi Bario, Long Liam, Long Na'ah, Long Lama, Temala, Long Banyo', Long Belaung, Pekan Long Akah, Long Tebangan, Long Pelutan dan juga hampir kesemua kampung-kampung yang berada di sepanjang sungai baram atau juga dikenali sebagai Atung Telang Usan.
Penerangan gambar diatas : Sawang AhChit Sigau (baju hitam), Pengulo' Apoi Ngau (tengah) & Amai Lenjau Lalo (baju merah). Mereka sedang memanggang yap, babui, asupana (hotdog), pen yap ngen atuk tabi ngen atuk teniken sebelum mesyuarat agong yang akan berlangsung pada sebelah malamnya. Inilah aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan oleh ahli-ahli KKKS setiap hujung minggu. Lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat perjumpaan ahli-ahli KKKS dan termasuk juga orang-orang Sarawak yang menetap di semenanjung ialah seperti di bukit Ceraka (Shah Alam), Taman Sungai Congkak (sungai ulu Langat), di Rumah Pengulo Apoi (Rawang), di Rumah Tamen Akang Lian (Seremban) dan di rumah Muing Gau Ajang (SS19 Subang Jaya).
HASIL LAPORAN MESYUARAT AGUNG 2008
Tarikh : 6, April 2008
Hari : Ahad ( 8:45Am - 11:30Pm )
Tempat : Dewan Usun Apau, Rumah Pengulo' Apoi
CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI KKKS 2008
Presiden : Maping Balan Wan ( Kawasan Shah Alam )
berasal dari kampung Long Tap, Alo Akah, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh
Timbalan Presiden 1 : Pengulo' Apoi Ngau ( Kawasan Rawang )
berasal dari kampung Long Sebatang, Ulu Tinjar, Baram.
Isteri : Iban dari Lubuk Nibong
Timbalan Presiden 2 : Tamen Akang Lian (Kawasan Seremban)
berasal dari kampung Long Moh, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh
Bendahari Tertinggi : Muing Gau Ajang ( Kawasan USJ )
berasal dari kampung Long San, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Anap
Timb. Bendahari : Sawang Ahcit Sigau ( Kawasan Sunway )
berasal dari kampung Long Tungan, Baram.
Bakal isteri : Kenyah dari Long Selaan
Setiausaha Agung : Muing Gau Ajang ( Kawasan USJ )
berasal dari kampung Long San, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Anap
Timb. S/U Agung : Amai Tingang Sigau ( Kawasan Putra Jaya )
berasal dari kampung Long Moh, Baram.
Isteri : Bidayuh dari Kuching
Biro Penerangan : Tama Lusoi Anggang (Kawasan Damansara)
berasal dari Long Tap, Alo Akah, Baram.
Bakal isteri : Kenyah Badeng kampung Asap dari Belaga
Biro Sukan & Rekreasi : Muing Juman Taja ( Kawasan Klang )
berasal dari Long Julan, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Banyo'
Biro Pendidikan : Amai Uming Nyerong ( Kawasan Puchong )
berasal dari kampung Asap, Belaga. (Lepo Badeng)
Isteri : Kenyah dari Long Anap
Ahli-ahli Majlis Tertinggi KKKS :
1. Amai Jefry Apak ( Kawasan Kelana Jaya )
berasal dari kampung Long Laput, Baram. (Kayan)
Isteri : Kenyah dari Long Selaan
2. Apai Micheal Sengkuai ( Kawasan Subang Mewah )
berasal dari Konawit, Sibu, Sarawak. (Iban)
Isteri : Kenyah dari Long Sebatang, Ulu Tinjar
3. Amai Paul Jimbau ( Kawasan Pandan Indah, KL )
berasal dari kampung Asap, Belaga. (Lepo Badeng)
Isteri : Iban dari Kapit, Rejang
4. Amai Lenjau Lalo ( Kawasan Meru, Klang )
berasal dari kampung Long Selaan, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Selaan
5. Maping Kuleh Balare ( Kawasan Kajang )
berasal dari kampung Long Anap, Baram.
Isteri : Kenyah dari Long Moh
Minit Mesyuarat ke-2 tahun 2008:
sedang download dari sistem .............................
Pautan Sokongan oleh Pengulo' Apoi Ngau di :
http://kkks-kenyah.blogspot.com/ dan
http://ngaulongsebatang.blogspot.com/ dan
http://kenyahkkks.wordpress.com/
Disediakan oleh;
Setiausaha Agung KKKS (Sesi2008).
Muing Gau Ajang,
e-mail : pegawai_kkkks@yahoo.com.my
LETO KENYAH LEPO TAU KALIMANTAN SAGA MODEN
http://www.youtube.com/v/isR0-NnPzLc&hl=en&fs=1
KENYAH SOLO DANCE (LETO KENYAH BARAM)
http://www.youtube.com/v/HUiP1K2Tv6k&hl=en&fs=1&border=1
Sape (Kalimantan Classic Guitar From Usun Apau)
http://www.youtube.com/v/2LIMq6Qa-T4&hl=en&fs=1&border=1