Rabu, Mac 18, 2009

MESYUARAT AGUNG KKKS KE-2 DI SS19/6A


(Pic) : Dewan Leka' Lasan U'ong Julan, SS19/6 Subang Jaya, Selangor.
:
Kepada semua Ahli Majlis Tertinggi KKKS,

RE: PERSIDANGAN MAJLIS TERTINGGI KKKS KALI KE-2.

Oleh yang demikian dengan rasminya saya memanggil bersidang kepada semua ahli-ahli majlis tertinggi Kelab Khas Kenyah Semenanjung (KKKS) untuk hadir dalam Mesyuarat Agong kali ke-2 pada tahun 2009 ini. Mesyuarat Agong kali ini akan diadakan di Dewan Leka Lasan U'ong Julan di SS19/6A pada hari sabtu jam 5:30pm bertarikh 4, April 2009. Sempena ulang tahun yang pertama penubuhan KKKS, semua ahli KKKS dijemput hadir sambil menikmati aktiviti-aktiviti sampingan seperti acara memanggang, pertandingan karaoke, masak-memasak, pertandingan cerita dongeng, pertandingan cerita lawak paling lucu, gusti lengan, pertandingan bertentang mata tanpa berkelip dan lain-lain lagi.

Tujuan saya memanggil bersidang pada mesyuarat agong kali ini adalah untuk merombak semua jawatan sesi 2008 dan melantik semula jawatan-jawatan baru ahli majlis Tertinggi KKKS bagi sesi 2009. Merujuk kepada saranan dan cadangan dari Pengulo' Apoi dalam laman web http://kkks-kenyah.blogspot.com/ saya akan edarkan Laporan Khas KKKS tahun 2008 kepada semua yang hadir semasa Mesyuarat ini nanti. Disamping itu, perjumpaan ini juga akan mempersiapkan diri kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan untuk mendaftarkan KKKS ini dengan ROS pada penghujung tahun ini.

ATURCARA MESYUARAT AGUNG KKKS KE-2
Tarikh : 4, April 2009
Hari : Sabtu (Tau Nem)
Masa : 5.30Pm - 11.30Pm
Tempat : Dewan Leka' Lasan U'ong Julan, SS19/6A, Subang Jaya.

ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN KHAS KKKS 2008

1) Sejarah penubuhan dan pembentukkan KKKS
2) Terma dan Syarat sebagai ahli KKKS
3) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2008
4) Senarai penjawat jawatan tertinggi KKKS tahun 2008
5) Senarai penderma dan penyumbang kepada Dana KKKS
6) Dana terkumpul dan Baki Akaun Simpanan tahun 2008
7) Perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan Dana
8) Senarai nama ahli-ahli KKKS setakat 4 April 2009
9) Koleksi gambar-gambar KKKS sepanjang tahun 2008


AGENDA MESYUARAT AGUNG KE-2:

1) Membubarkan semua jawatan-jawatan sesi 2008

2) Perlantikan semula jawatan baru untuk sesi 2009

3) Penerangan minit mesyuarat tahun 2008 oleh setiausaha

4) Pembentangan Baki Kewangan KKKS tahun 2008

5) Perancangan aktiviti perjumpaan KKKS tahun 2009

6) Perancangan "Masa Depan" untuk persediaan tahun 2010

7) Perbahasan bajet KKKS bagi peruntukan tahun 2009

8) Pengembangan KKKS dengan menambah ahli-ahli baru

9) Perbincangan "IDEA BERNAS" untuk menambah Dana KKKS

10) Cadangan2 BERWAWASAN dari setiap perwakilan KKKS

11) Amanat dan Nasihat daripada Ahli Veteran KKKS

12) Perkongsian MINDA untuk "ALA TUJU" KKKS tahun 2020


Jawatan-Jawatan Baru KKKS yang akan diusulkan:

Presiden :
Timbalan Presiden :

Naib Timbalan Presiden :
Setiausaha Agung :
Timbalan Setiausaha Agung :
Bendahari Tertinggi :
Timbalan Bendahari Tertinggi :

Pengarah Biro Penerangan & Perhubungan Awam :
Pengarah Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan :
Ahli-ahli Majlis Tertinggi :

1.
2.
3.
4.
5.

Ketua Wanita :
Naib Ketua Wanita :

Ketua Pemuda :
Naib Ketua Pemuda :
Ketua Putri :
Naib Ketua Putri :

Dengan ini saya mencadangkan.

"UDIP MADING UDIP NGERIMAN"

Yang Benar;
Setiausaha Agung KKKS,
Muing Gau Ajang.
email : pegawai_kkkks@yahoo.com.my


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalau un dulu kelo' pekalai tu'ut kumpin ku? un ilu sukan nulong ta'in?